KERJA SALES : TIPS ASAS

Dulu masa belajar, Mak suruh jadi Cikgu. Tapi akal dan hati membentak-bentak nk jadi engineer. Khayalan dan bayangan bermain di mata.

pic : Cita-Cita dan impian asal.

Tapi, kita merancang, Tuhan Tentukan. Terjun semena-mena ke bidang sale. Adehhh..

SALES

Umumnya di kalangan kita, bidang sales adalah bidang yang tak sinonim dengan orang / bangsa melayu. Orang cina khasnya, lebih sinonim dan mereka telah pergi lebih jauh dalam bidang ni.

Orang melayu kita lebih tertarik dengan kerja back office, makan gaji semata dan paling power, lebih minat dengan skim piramid dan skim cepat kaya 😅

Padahal, sales / perniagaan / berniaga itu sunnah. Maka ia lebih secocok dengan melayu / islam.Nak bincang isu ni panjang, boleh sampai ke zaman pecah perintah british. Jenuh pulak nak buka buku teks sejarah 😁

Alhamdulillah, zaman dah berubah, peningkatan kos hidup telah sebabkan ramai berniaga sekarang. ada yang jadi agen, ada yang jadi dropship.

Tapi sebenarnya, berniaga ni tak boleh main terjun saja, kena ada perkara yang lebih penting yakni ILMU.

Meh inna ceritakan sikit pengalaman Inna dalam bidang yang inna cintai ini. Semoga perkongsian Ilmu ni bagi manfaat pada semua.

TIPS : JADI ORANG SALES

Banyak dugaan dan cabaran perlu dihadapi. Semestinya diselangi gerak tangis yang mengusik kalbu. Tapi gerak tangis yang paling banyak ada tangis mek indah dan angah Dzakir 😂

Berniaga atau kerja bidang sales ni, kita jadi Bos, kita jadi kuli. Kita tetapkan gerak kerja kita sendiri. Perkara pertama yang pali mustahak semestinya,

1. Perancangan Bulanan + Target

Ini sangat penting, setiap kali bermula bulan baharu, kena ada perancangan. Target mesti kena ada dan sebaiknya mesti lebih tinggi dari apa yang dicapai bulan lepas.

Semestinya ada naik turun dalam berniaga, tapi yakinlah, bahawa setiap usaha pasti ada ganjarannya. Banyak atau sedikit, bukan kita yang tentukan. Janji usaha kena sentiasa padu.

2. Buat To-Do-List

Dalam menyetelkan rancangan yang ditetapkan untuk menempa target, kena buat checklist apa yang perlu dibuat esok.Blur tak tau apa nak buat esok?? itu tandanya anda tak cukup ilmu macamana nak buat kerja sales.

Jadi bila rasa kabur, terus mark esok kena cari ilmu. Macam mana nak cari ilmu, tanya manager/boss, berdamping dgn org sale atau search dalam abang google yang serba tahu.

3. Ikut apa yang Dirancang, Jangan Melencong.

Benda ni kesilapan ramai orang. Start buat harini tak berjaya terus esok dik !! Benda ni kena konsisten.

Macam nak cari lailatul qadr, Allah tak beritahu tepat bila waktunya, Jadi kita kena konsisten beribadat di setiap malam Ramadhan. Konsisten. Pasti ada hasil.

4. Hati Kena Kental

Yaaaa..hati kena kental beb. Objection datang dari segala sudut. Pertama sekali semestinya dari Mak Ayah. Yelah, mak mana tak nak anak dia kerja kerajaan, jadi cikgu, jadi menteri, jadi Setpol. Eh.

Objection dari customer pulak semestinya buat kita jadi down. Jadi cari Ilmu, macam mana nak handle objection. Haa, setiap masalah ada penyelesaiannya.

5. Jaga hubungan Dengan Pencipta dan juga Manusia.

Tips ni patutnya duk No 1. Sebab ini soal hati dan rohani. Yang ini kena patuh dan sentiasa jaga jangan tergelincir.

6. Buat Sampai Jadi.

Ada syarat sebenarnya dengan tips ke-6 ni. Syaratnya, kena berada di platform yang terbukti berjaya dan dah ada orang dah berjaya. Jadi baru lah secure jalan kita.

Orang lain boleh buat, kenapa tidak kita, Jadi? Kena buat sampai JADI.Jom. Mulakan 😉

Penutup kata, inna nak petik kata-kata Hamka,

“yang melemahkan semangat ada dua, pertama Prasangka, kedua hati busuk”

Ayuh Positif + Cuci Hati
innaharun
kuala terengganu

3 : 4 : 3

Ini bukan Formasi Permainan Sepak Bola

Ya betul, ini bukan bab bola sepak. Tapi bab amanah Allah kepada suami isteri yang bergelar ibu bapa – Anak. Fuh macam ustazah pulak bunyinya 🙂

Memetik bait lagu Raihan,
“Aduhai anak apakah engkau tahu
Alangkah deritanya ibu melahirkanmu
Namun kelahiranmu adalah penghibur hati
Dibelai dan dimanja setiap hari
Di malam hari tidur tak berwaktu
Tapi tak mengapa kerana kau disayangi “

Dulu, sebelum ada anak, selalu kritik ibu bapa dan abang sendiri yang masa tu dah ada dua hero. Tak pandai jaga anak lah, kereta macam reban ayam lah, rumah bersepah. Macam-macam. Tapi bila sendiri ada anak, baru sedar, betapa tingginya langit itu nak gapai. Ha ha.

Ya lah, 2 hero satu puteri. Bukanlah suatu yang mudah. Akhirnya, dalam mengawal permainan ini agar tidak diperkotak-katikkan pihak lawan (baca : syaitan), inna terapkan formasi 3 : 4 : 3.

Sebenarnya, inna tak pernah sedar Inna guna formasi ni. Tulis entry ni masa husband layan bola. keh keh. Nisbah 3 : 4 : 3 adalah nisbah tenaga, masa dan segala-galanya. Sebab apa? Sebab Iman Khaleel anak no 1, dia dah boleh bawak diri dah. Jadi tenaga tak perlu banyak nak jaga 🙂 sama macam adik bongsu, baik-baik sahaja 🙂

Yang 4 kekuatan tenaga tu adalah pada Iman Dzakir, yakni anak tengah, Dia punya tantrum, fuh, melangkaui kekuatan boboiboy. Memang menggugat iman dan sanubari.

Iman Dzakir – memang nama sebenar

Tapi apapun, ingatlah, Allah tidak membebani hambanya di luar kemampuan hambanya. Sabar lah dalam menangani anak-anak. Dia lah saham akhirat kita.

Salam Sayang,

Inna Harun. Ibu Iman Khaleel, Iman Dzakir dan Indah Adni.

Ujian itu berat sebab ganjarannya Syurga.

Salam Kenal-Kenal

Bijak pandai pernah berkata “knowing a person is like music, what attract us to them is their melody. And as we get to know who they are, we learn their lyric”

Inna tidaklah menulis lirik disini, sekadar berkongsi pengalaman hidup. Sebab kita sama-sama sedang belajar di Universiti Dunia. Kita tak saling kenal mungkin sebab kita kuliah lain-lain :).

SEMC 3MP DSC

Pic : Empat dari kanan, IIUM 2011.

Dilahirkan pada tanggal 26 Jun 1988 di Dungun, Terengganu. Anak kepada pasangan kacukan Kelantan – Terengganu, (Abah orang Terengganu, Ma orang Kelantan) dan mendapat pendidikan awal di beberapa sekolah rendah.

Maklumlah, Inna ni anak orang Ladang, selalu pindah dari satu ladang ke satu ladang. Lepas mendapat pendidikan menengah di SMKA Wataniah, Besut, Terengganu dan MRSM Kuala Terengganu, Inna sambung ijazah di IIUM Gombak.

Alhamdulillah, grad 2012 dan sempat menjadi isteri orang sebelum majlis konvo :). Kini 2019, telah berjaya kiranya menjadi seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak. Iman Khaleel, Iman Dzakir dan Indah Adni 🙂

Ikutilah coretan warna warni kisah kami di blog ini.

Selamat membaca 🙂

InnaHarun

Ujian itu berat sebab ganjarannya syurga.